Pengenalan

Peguam Negara memainkan peranan yang penting dalam mengangkat martabat undang-undang di Malaysia, sekaligus menjadi kunci kepada aspirasi masyarakat, khasnya dalam membentuk sebuah masyarakat yang demokratik berdasarkan asas keadilan dan kesamaan.

Justeru itu, adalah menjadi suatu yang amat penting bagi seseorang Peguam Negara untuk dikenali sebagai seorang yang dihormati, efisien, dimana dia juga menjadi suatu simbol harapan untuk memelihara kepentingan awam yang dia pertahankan. Kedudukan dan jawatan Peguam Negara dilihat sebagai sebahagian daripada sistem pengimbangtara dalam masyarakat yang demokratik dan sehubungan dengan itu ia harus dikekalkan serta bebas daripada kongkongan dan sekatan dari mana-mana institusi yang lain.

Peguam Negara tidak sepatutnya memilih bulu dalam membicarakan mana-mana individu atau pihak sekiranya keadilan perlu dipertahankan. Adalah menjadi harapan kepada Peguam Negara untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa merasa gentar dan takut serta bersifat memilih. Ianya juga merupakan sandaran kepada masyarakat sebagai pilihan terakhir dalam menegakkan etika moral dan polisi.

Pada masa yang sama, ianya amat penting kepada Peguam Negara dalam penyiasatannya dan persediaannya; untuk tidak menuduh seseorang yang tidak bersalah tanpa usul periksa, kerana ianya boleh memberikan kesan dan impak yang tentunya negatif terhadap kredibiliti Peguam Negara sendiri. Memorandum ini menggariskan dan ingin membuktikan keperihatinan dan permintaan masyarakat Malaysia melalui suara mahasiswa yang merupakan pemimpin generasi akan datang. Hasrat kami adalah suci dan kami sanggup berkorban dan mengambil risiko bagi memastikan memorandum ini diterima, diberikan perhatian secukupnya, dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh Peguam Negara.

Di dalam memorandum ini, kami sertakan beberapa contoh kes-kes terkini yang cukup untuk membuktikan bahawa pihak tuan hanya memberikan tumpuan dan perhatian kepada kes-kes tertentu sahaja tetapi mengabai dan mengetepikan kes-kes yang jauh lebih penting yang sepatutnya diberikan perhatian sewajarnya. Kes-kes ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan tentang kredibiliti Peguam Negara. Sekiranya Peguam Negara dapat membersihkan nama baiknya dengan segera, ini tentunya akan dapat mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap institusi keadilan di negara kita.

Permerhatian Kami 


Rayuan Kami
Kami mendesak Peguam Negara agar lebih adil dalam bertindak ke atas sesuatu kes tanpa memilih bulu atau merasa takut. Kegagalan untuk berbuat demikian seperti yang ditunjukkan dalam kes-kes yang dibicarakan di atas yang telah menjatuhkan kredibiliti dan kewibawaan terhadap rekod baik tuan. Setiap warganegara mengharapkan agar tuan dapat menjalankan tugas tuan dengan moral dan etika yang tinggi.

Suka diingatkan bahawa seluruh dunia sedang memerhati dan ia menjadi amat penting untuk tuan memelihara maruah dan nama baik negara. Kami mendesak tuan agar menjalankan tugas tanpa rasa takut dari tindakbalas manusia kerana balasan Tuhan kelak akan meninggalkan kesan yang lebih/amat besar terhadap semua insan. Ia menjadi harapan kami yang tulus ikhlas agar tuan dapat membetulkan semula segala tindakan yang silap.

Ia belum lagi terlambat untuk menjernihkan semula segala kekeliruan masyarakat yang telah timbul terhadap pejabat Peguam Negara. Kami mendesak agar tuan membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia tidak gentar melaksanakan keadilan, kebebasan dan kebenaran. Sudah tiba masanya untuk mengakhiri sandiwara ini seperti yang disyaki oleh sebahagian besar 'silent majority'.

Stephen Doss
Majlis Pelajar Malaysia

Burhan Che Daud
Barisan Bertindak Mahasiswa Negara