Subject: [sangkancil] antara kerajaan islam dan keadilan
From: <deleted@silentmajority>
Date: August 23, 1999 1:03:32 AM EDT
To: sangkancil@malaysia.net
salam, terima kasih saudara <deleted>
soalan saudara adalah menarik dan relevan, tetapi tidak ada jawapan yang mudah mengenainya. justeru saya berasa tidak mampu memberikan jawapan yang tegas dan tuntas, barangkali saya dibenarkan mengulas isu pokok persoalan saudara itu. saya fikir keadilan dan kezaliman bukanlah nilai milik automatik atau istimewa mana-mana agama, bangsa ataupun faham politik. keadilan dan kezaliman adalah nilai murni yang terdapat dalam setiap bangsa atau agama.
namun ia wujud dalam batas-batasnya yang khas, barangkali dalam sempadan agama, budaya ataupun politik. misalnya makna keadilan dan kezaliman dalam masyarakat batek tentulah boleh sahaja berbeza dengan keadilan dan kezaliman dalam masyarakat punjabi. walau bagaimanapun, akibat dari ledakan maklumat dan pendidikan (saya anggap pendidikan sebagai jentera emansipasi dan pembangunan), kezaliman dan keadilan telah melalui proses pemaknaan yang cukup memikat dan kritikal.
keadilan dan kezaliman yang sekian lama difaham oleh satu-satu kelompok masyarakat (dengan batas budaya, agama atau politik masing-masing) telah saling berinteraksi lalu menemukan maknanya yang lebih halus dan sejagat atau (refined and universal). misalnya, makna dan implikasi keadilan dan kezaliman yang dicanangkan oleh filem-filem hollywood, bollywood ataupun hongkong sudah sedikit-sebanyak menyerap ke dalam alam fikir (world view) sebahagian besar rakyat jelata di negara ini. itulah sebabnya saya fikir sebahagian besar wanita negara ini yang biasa menonton filem-filem hindi mudah menanggapi permasalahan yang dihadapi oleh dr wan azizah misalnya. tragedi yang dialami oleh dr wan azizah mudah menjentik emosi mereka, apalagi ada kesamaan pula dengan elemen utama filem hindi iaitu menteri, polis, penjahat, wanita atau anak teraniaya. perihal kerajaan islam pula, saya fikir ia samasekali tidak relevan.
wah saya pasti kenyataan ini akan menimbulkan ribut besar, tetapi tidak mengapalah. saya melihatnya begini: saya fikir Allah mengarahkan supaya manusia berlaku adil dan saksama, bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi juga kepada masyarakat dan alam di sekelilingnya. dalam sejarah manusia dan alam ini Allah tidak pernah menganjurkan supaya manusia membentuk kerajaan islam ataupun apa-apa bentuk kerajaan yang boleh dipanggil sebagai kerajaan ataupun negara islam.
bacalah al-Qur'an dan galilah perintah serta maksud perkataan-perkataan Allah itu. sejarah manusia dan alam yang dikhabarkan oleh Allah di dalam al-Qur'an tidak pernah mencatatkan apa-apa maklumat ataupun gagasan mengenai kerajaan ataupun negara islam. jikalau dibaca semula sejarah islam di zaman nabi muhammad pun, tidak ada bentuk atau kerangka kerajaan ataupun negara islam yang dilaksanakan. malah sistem pemerintahan yang wujud di semua zaman sejak adam sehinggalah muhammad, tidak ada satupun yang diarahkan oleh Allah supaya dimusnah supaya digantikan menjadi sebuah kerajaan ataupun negara islam. tidak ada satupun pemerintahan beraja yang wujud di zaman muhammad telah diarahkan oleh Allah supaya diperangi atau dimusnah supaya diganti dengan kerajaan ataupun negara islam. ini yang dapat saya fahami dari sejarah yang terkandung di dalam al-Qur'an dan sejarah perkembangan islam di zaman muhammad.
jadi, apakah sesungguhnya yang dianjurkan oleh Allah kepada sekalian
manusia? perihal pemerintahan (bukan iman), saya fikir Allah telah menganjurkan
manusia supaya:
a. berlaku adil dan tidak zalim;
b. melindungi hak serta kebajikan rakyat jelata, orang miskin, anak
yatim, hamba, suami, isteri, ayah, ibu, anak-anak, orang bukan muslim dan
sebagainya; dan
c. saling hormat-menghormati hak dan kebajikan tidak kira antara sesama
muslim ataupun bukan muslim.
tunjang atau tiang seri sesebuah kerajaan, baik sistem pemerintahan beraja, demokrasi ataupun sosialisme hendaklah hanya satu, iaitu keadilan dan bukan kezaliman. dalam soal pemerintahan, jikalau ada arahan dari Allah kepada manusia supaya berperang atau bangkit menentang hanyalah terhadap kezaliman semata-mata. tidak disuruh seorang muslim bangun menentang atau memerangi sebuah kerajaan yang dikuasai oleh orang bukan muslim sekiranya kerajaan itu berlaku adil dan saksama. muhammad berhijrah ke madinah meskipun masyarakat madinah ketika itu bukan muslim.
apa sebabnya? bacalah sejarah hijrah muhammad dan akan didapati bahawa masyarakat madinah ketika itu adalah masyarakat yang adil dan saksama. mereka boleh berunding dan bekerjasama lalu terciptalah perjanjian madinah yang terkenal itu. perang hanya dianjurkan apabila ada pihak yang melanggar perjanjian atau mungkir janji. jadi, bolehlah saya nyatakan bahawa Allah tidak pernah menganjurkan bentuk atau kerangka khas pemerintahan yang mesti diamalkan oleh manusia, tetapi Allah semata-mata menganjurkan supaya manusia berlaku adil dan saksama dalam apa jua kerangka atau bentuk pemerintahan. tentulah soalnya pada tahap ini, keadilan yang bagaimana?
ini adalah hal yang lebih memikat lagi dan perlukan tesis yang ekstensif kerana ia mengenai nilai murni sejagat yang dimuliakan oleh setiap faham agama, budaya dan bangsa. keadilan tidak semata-mata milik eksklusif orang muslim, kristian, hindu, buddha ataupun atheis. keadilan adalah nilai murni sejagat yang difikir dan dibahas oleh semua orang. bagi orang muslim tentulah mereka merujuk kepada keadilan yang dijelaskan oleh Allah di dalam al-Qur'an. al-Qur'an sudah menjelaskan dengan terperinci mengenai keadilan baik dalam pemerintahan, berinteraksi sosial, berurus-niaga, bersuami isteri, berkeluarga dan sebagainya. nilai, falsafah dan matlamat keadilan inilah yang mesti disuntik, diterap dan disenyawakan dalam setiap aspek urusan kehidupan.
demokrasi berparlimen, sosialisme berperlembagaan ataupun sistem beraja berperlembagaan tidak automatik menjadi adil dan saksama hanya semata-mata kerana bentuk dan kerangkanya sahaja. apalah yang ada pada sistem kecuali ia bermatlamat dan beroperasi secara adil dan saksama? begitulah juga, apa yang ada pada matlamat keadilan semata-mata, jikalau ia beroperasi secara zalim dan kejam?
<deleted>
At 06:59 PM 08/18/1999 -0700, <deleted> wrote:
>TErima kasih saudara Jalak. Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara.
>Yang amat mendukacitakan saya adalah mengapakah negara-negara bukan
ISlam
>lebih mengutamakan kebajikan rakyatnya cthnya di UK di mana kemudahan
>pendidikan, kesihatan, penjagaan kanak-kanak, orang tua adalah percuma.
>Mengapakah kita sebuah negara yang kununnya negara ISlam yang ajarannya
amat
>menekankan pengorbanan pemimpin atau khalifah terhadap kebajikan dan
well
>being rakyatnya tetapi yang berlaku sekrang ini ialah kerajaan menganayai
>dengan mengenakan bayaran yang mahal dan kepada semua bentuk perkhidmatan
>asas dan fundamental untuk rakyat yang mengundi dan meletakkan mereka
di
>tampuk kekuasaan.