Sebagai seorang warganegara yang perihatin dan cintakan negara saya merasa bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang berlaku yang melibatkan maruah dan nama baik negara. Setiap rakyat harus mempunyai perasaan cinta kepada negaranya sendiri. Ini juga seiring dengan tuntutan agama. Atas alasan itulah saya memberanikan diri untuk menulis berita ini bagi tatapan setiap warganegara Malaysia tercinta. Walaupun saya tahu akan risiko yang akan saya hadapi diatas tindakan saya ini.
Untuk makluman semua saya mempunyai kenalan yang rapat dengan pihak polis, pihak pejabat peguam negara dan juga Bank Negara Malaysia atas sebab tugas-tugas rasmi saya. Maklumat yang saya terima pada pagi ini (23 September 1999) jam 7.30 pagi cukup memeranjatkan saya. Kenalan-kenalan rapat saya ini melalui seorang teman rapat yang diminta untuk menyampaikan mesej ini untuk tindakan segera dari pihak saya. Mereka mengetahui bahawa saya boleh membantu untuk menyebarkan maklumat penting ini.
2 hari lepas (21 September 1999), YAB Perdana Menteri telah memanggil seorang tokoh koperat ternama yang juga kenalan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk soal siasat. Pertemuan itu dibuat dengan arahan YAB Perdana Menteri. Tokoh ini kemudiannya ditunjukkan fail-fail salah laku perdagangan yang melibatkan peraturan kewangan dan perdagangan Bank Negara Malaysia. YAB Perdana Menteri memberitahu tokoh ini beliau akan dibantu untuk keluar dari masalah ini sekiranya mahu bekerjasama dengan beliau (PM). Tokoh ini kemudiannya diminta untuk membuat pengakuan bahawa beliau ada menerima wang dari Dato’ Seri Anwar sebanyak RM200 juta untuk membantu membiayai Parti Keadilan Nasional yang dipimpin oleh isteri Dato’ Seri Anwar. Wang ini adalah wang sogokan ketika Dato’ Seri Anwar masih dalam kabinet. Saya juga dimaklumkan bahawa tokoh ini juga mempunyai hutang peribadi dan syarikat yang berjumlah lebih RM100 juta juga. Keadaan ini benar-banar memerangkap beliau dan ini merupakan strategi biasa yang dijalankan oleh YAB Perdana Menteri.
Saya juga dimaklumkan bahawa dalam tempoh beberapa hari lagi tokoh ini akan ditahan dan dihadapkan kemahkamah atas tuduhan rasuah dan beliau akan membuat pengakuan bahawa ada menerima wang sebagaimana disebutkan di atas dari Dato’ Seri Anwar. Diatas sebab pengakuan ini beliau akan diselamatkan dari segala masalah bebanan hutang dan tindakan dari pihak Bank Negara.
Pengakuan beliau ini akan digunakan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap saksi utama kes ini iaitu Datin Seri Wan Azizah Presiden keADILan kerana dikatakan telah menerima wang sebanyak RM200 juta dari tokoh berkenaan. Datin Seri Wan Azizah akan ditahan untuk soal siasat untuk beberapa ketika tanpa dibenarkan ikat jamin. Keadaan ini akan menimbulkan keresahan dan kelam kabut di rumah Datin Seri terutamanya anak-anak yang kehilangan ibu mereka yang sebelumnya telah terpisah dengan bapa mereka.
Keadaan akan bertambah buruk apabila maklumat yang diterima dalam siri perancangan yang sama pihak berkuasa akan menahan sdri Nurul ‘Izzah Anwar dibawah akta polis kerana terlibat dengan perhimpunan haram dan rusuhan pada 19/9/99 di masjid negara. Sdri Nurul ‘Izzah didakwa kerana turut terlibat secara aktif dan memberikan ucapan yang ditakrifkan sebagai menghasut perhimpunan tersebut. Keadaan ini akan menyulitkan lagi keluarga Dato’ Seri Anwar kerana yang tinggal adalah anak-anak yang masih kecil. Atas sebab kesulitan ini satu pasukan khas akan ditubuhkan kononnya berkecuali dan dari pihak keselamatan akan ditugaskan untuk mengawasi keselamatan anak-anak yang ditinggalkan ini. Pasukan khas ini memang dilatih khas dengan tugas-tugas yang cukup khas dalam menanggani masalah anak-anak Dato’ Seri Anwar yang tinggal iaitu 4 orang perempuan (Nurul Nuha, 16, Nurul Iman, 12, Nurul Ilham, 9 dan Nurul Hana, 7) dan seorang lelaki (Muhammad Ihsan, 14 tahun).
Tugas khas ini ialah untuk merosak dan memalukan keluarga Dato’ Seri Anwar dengan apa cara sekalipun. Kalau terpaksa memperkosa anak-anak gadis beliau maka lakukan dengan tujuan memberikan tekanan mental dan fizikal kepada beliau dan isteri supaya menyerah kalah dan menghentikan usaha menentang YAB Perdana Menteri. Arahan-arahan berikutnya akan diberikan. Segala perbuatan dan tindakan akan dilindungi oleh pihak atasan.
Saya mengharapkan dengan pendedahan ini semua pihak dapat melakukan
sesuatu sebelum satu kejadian yang paling buruk dan menghina kita sebagai
bangsa Malaysia dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
ini. Dengan apa yang telah mereka lakukan kepada saksi-saksi pendakwa sebelum
ini dalam kes Dato Seri Anwar mereka akan boleh melakukan dengan lebih
jijik lagi. Saya sangat mengharapkan agar kita dapat menghentikan perbuatan
ini dengan segera dan saya meminta dan merayu agar pihak-pihak yang terlibat
atau yang akan dilibatkan untuk insaf bahawa kita juga punya keluarga,
isteri dan anak-anak. Ingatlah bahawa kita juga manusia yang akan mati
dan akan menghadap Tuhan.
--------------------------------------------------------------------------------