Kenyataan Peguam Negara, Mohtar Abdullah yang menuduh bahawa keadaan
ini sengaja di rancang oleh
pihak Dato' Seri Anwar dan secara tidak langsung menuduh Datin Seri
Dr Wan Azizah bertanggungjawab
kerana turut menyediakan makanan untuk Dato' Seri Anwar semasa sidang
mahkamah adalah suatu
kenyataan yang keterlaluan yang datang dari seorang Peguam Negara yang
paling bangsat dalam sejarah
perundangan negara ini.
Saya, ingin mengajak semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk
sama-sama menyatakan bantahan terhadap
kezaliman yang dilakukan terhadap Dato' Seri Anwar ini dengan berhimpun
secara aman di Masjid Negara pada waktu Zuhur
esok, 11 September 1999. Ini sesuai dengan semangat yang termaktub
di dalam Peruntukan Perlembagaan Negara yang
dengan jelas mengiktiraf hak setiap rakyat untuk berhimpun secara aman.
Sekian. Salam Perjuangan.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Ketua Pemuda Pergerakan
Parti Keadilan Nasional
10 SEPTEMBER 1999