Subject: [siberummah01] Re: Mencarut
From: Email address deleted to protect anonymity
Date: August 25, 1999 1:25:00 AM EDT
To: Email address deleted to protect anonymity
To: Email address deleted to protect anonymity
To: Email address deleted to protect anonymity
To: Email address deleted to protect anonymity
To: Email address deleted to protect anonymity
To: Email address deleted to protect anonymity
CC:
>>> "David Firdaus" <Email address deleted to protect anonymity>
08/24 5:50 PM >>>
KEPADA SEMUA PARA PENYOKONG PAS DAN BARISAN PARA PEMUZIK ALTERNATIF...
Emm......lucu la discussion ko orang nie semua. Macam nie la...tunggu
jer time pilihanraya...tengok siapa menang. Kalau BA dah kuat, then BA
akan menang...kalau BN yang kuat then Dr. Mahathir la yang kekal jadi PM.
Kepada saudara2 yang fikir Bn tu kejam..then turun padang bila pilihanraya
nanti. Lets the people of Malaysia decide. You all discuss kat sini
pun..sampai mati pun tak akan dapat menentukan kemenangan parti yang
anda sokong.
Bersediala...kalau bendar september nanti adalah tarikh pilihanraya....then
"may the force be with you" and good luck..
Kepada penyokong Barisan National semua, biar la penyokong2 PAS duduk
berdiscuss kat sini. MAri kita keluar beramai-ramai untuk menerangkan
pada yang lain2 bahawa Barisan Natioanl la party yang harus di bagi mandat.
UMNO adalah waris perjuangan orang melayu dan pastikan kita tak kehilangan
waris yang telah berjuang untuk mengambil kemerdekaan. Hilang UMNO, hilangla
melayu sebab PAS tak punya pendirian terhadap perjuangan mereka. Kena geretak
oleh DAP pun dah takut sampai sanggup tukar prinsip perjuangan....lets
work together to ensure the 2/3 majority in the parliment...and
lets take Kelantan out of PAS.
Terangakn kepada rakyat bahawa UMNO juga berjuang untuk menegakan islam, kalau tak Malaysia tak akan mendapat pergiktirafan daripada negara2 islam yang lain sebagai "negara islam contoh". Tak semestinya dengan perkataan "Islam" pada nama PAS saja kita kena sokong PAS, UMNO pun parti islam juga, dan para penyokong UMNO pun boleh di katakan 90% adalah islam. Bukan PAS saja yang tau pasal hukum2 agama. Soal hukum hudud dan yang lain2...UMNO bukan tolak sementah-mentahnya sebab tu PM ada cakap, perlaksanaan hukum hudud di Malaysia memerlukan penilaian yang rapi sebab malaysia adalah negara yang berbilang kaum. Bila sistem perundangan di Malaysia semuanya mengikut perundangan islam, bagaimana kita nak membicarakan kes2 yang berkaitan dengan orang yang bukan islam? Ok I bagi example...
Assuming hukum hudud sedang di jalankan.... Bila orang islam di
dapati dan terbukti mencuri, beliau telah di bicarakan
di mahkamah orang islam. Hukuman yang telak di ambil adalah potong tangan.
Dalam kes yang sama, orang yang bukan islam didapati bersalah dengan mencuri(apa
yang di curi, dan nilai yang di curi pun sama). Adakah beliau pun akan
di potong tangan? Bersetujukah Lim Kit Siang dengan hukuman potong tangan
terhadap orang cina yang di dapati bersalah? Dalam agama cina, takder
istilah potong tangan....so takkan la orang cina yang mencuri hukuman
dia penjara jer, tapi orang islam kena potong
tangan?
Dalam aspek lain pula.....benar kita tak perlu takut dengan desakan or tekanan mana2 pihak bila ianya berkenaan dengan hukum Allah swt, tapi jika hudud diamalkan di malaysia dimana sistem ekonomi, perundangan, sosial, dan lain2 adalah berteraskan kepada hukum2 allah, bagaimana dengan orang yang bukan islam? Perlukah kita mendirikan dua sistem perundangan yang berasingan untuk mereka yang bukan beragama islam?
Kalau kita adakan satu perundangan saja, maka tak layaklah Karpal singh untuk mewakili DSAI di mahkamah sebab Karpal singh bukan islam dan beliau tak tau undang2 islam. Begitu juga dengan Lim Kit Siang, beliau tak layak untuk berdebat di parliment untuk membahaskan undang2 islam sebab beliau tak tau tentang sistem perundangan islam. So untuk menyelesiakan masalah, terpaksalah dua sistem perundangan yang berbeza di tubuhkan di malaysia.
Perundangan yang berteraskan undang2 islam dan perundangan untuk orang2
bukan islam, dan bila dua sistem ini tertubuh, banyak kepincangan akan
berlaku di sebabkan conflict islam dan bukan islam. If that happen, then
Malaysialah satu2nya negara yang mempunyai dua sistem perundangan yang
berbeza. Nampak kah saudara2 kepincangan sistem perundangan itu nanti?
iTU BARU SATU CONTOH..i AM SURE THERE ARE MANY MORE. Sebab
itu Mahathir cakap, perlu penelitian yang rapi. Saya tak fikir Mahathir
ada cakap, hudud tak boleh pakai walaupun hudud tu adalah undang2
yang tuhan telah turunkan.
Mahathir tu pun orang islam juga dan adalah berdosa memfiraunkan mahathir
sedangakn beliau adalah orang islam. Bayangkan apa akan berlaku bila benar
mahathir memang ikhlas dalam perjuangan beliau untuk menegakkan islam?
Kita tak tahu,
tapi tuhan yang tau. Therefore, don't judge the book by its cover.
mentang2 la mahathir tu tak pakai jubah dan songkok, engaku orang cakap
dia firaun.....entah2 mahathir lagi banyak pengetahuan agama dari Nik Aziz.
Tak elok mengkafirkan orang islam yang lain. Kalau nak fight pun, fight
cara baik...fight dalam pilihanraya, tak yah mengkafirkan orang islam yang
lain dan tak payah menghina orang islam yang lain dengan perkataan PU**MA*
dan lain2 perkataan yang menghina dan jijik. Biarla ideology politik saja
yang berbeza, sebab kita sesama islam adalah bersaudara.
Tuhan bagi akal dan fikiran kepada umat manusia untuk diguna. Apa yang
Nabi buat dahulu tidak semestinya kita kena ikut semua. Contohnya cara
Nabi perpakaian, adalah sunat kita ikut cara nabi perpakaian tapi
tak wajib. Lepas itu kita kena fikir kenapa nabi pakai macam itu. Nabi
tinggal di tempat yang panas lagi perpasir, sebab itu nabi pakai macam
itu untuk melindungi badan dari panas matahari. Begitu juga dengan serban,
Nabi memakai serban sebab Panas dan tak nak pasir memasuki rambut. Nanti
everytime sembahyang, kena mandi dan cuci rambut sebab kotor lak. Who knows
kalaulah time tu kat arab saudi dah ada Topi Buffalo Sabers, Topi Chicago
Bulls, dan lain2 maybe orang2 islam time tu pun pakai topi2 macam tu
ketika perang (Again...jangan salah anggap lak, saya tak mempermain-mainkan
cara orang islam berpakaian di zaman rasulullah).
Kita bergerak mengikut zaman dan kita tak boleh elakkan perubahan dari
segi kita berpakaian. As long as kita tutup aurat (bagi lelaki dan
perempuan) dan tidak menjolok mata, saya rasa tuhan still berkati. Di Malaysia,
cuaca tak la panas dan takder ribut pasir, so adalah memadai untuk menutup
aurat. Dan tidak semestinya Mahathir tak berjubah dan berserban macam Nik
Aziz, Mahathir tu you all anggap cetek pengetahuan tentang ajaran islam.
Soal janggut Nabi for example, saya rasa Mahathir mengunakan pendekatan
yang SAMA seperti yang saya terangkan tadi. Mahathir tak hina rasulullah
dengan janggut dia. Apa yang mahathir cakap, di zaman rasulullah, kemungkinan
takder pisau cukur seperti sekarang nie. Kalau pun ada alat pencukur,
maybe sangat susah untuk di gunakan sebab itu rasulullah menyimpan
janggut, dan bukan rasul saja, orang2 islam dan kafir pun simpan janggut
juga. You all kena fikir sebab apa mereka simpan janggut sampai
begitu panjang dan sebab apa mereka menyimpan rambut yang panjang
sehingga terpaksa menutupnya dengan serban? Maybe sebab takder pisau cukur
seperti sekarang ini. Kalau ada pun maybe sangat susah untuk di guna
dan memerlukan masa yang panjang untuk di potong (WE DON'T KNOW LA SEBAB
SAYA TAK HIDUP DI ZAMAN ITU).
Maybe kalau ada pisau cukur seperti sekarang nie, who knows kemungkinan nabi dan orang2 islam dan kafi pun akan potong janggut juga (Allahhualam). Sebab itu kita kena fikir "Why". Apa yang mahathir cakap, "jangan tengok sesorang itu mempunyai janggut dan memakai serban dan jubah, kita iktiraf dia sebagai ulamak". Ye la, memang betul la cakap Dr. Mahathir tu, DON'T JUDGA THE BOOKS BY ITS COVER". Macam al-arqam dulu, tengok la apa jadi? Disebabkan factor luaran ketua mereka, mereka puja beliau sampai terpesong kepada ajaran sesat. Itu yang mahathir cakap, kita akan hanya iktiraf ulamak yang tiada kepentingan politik, berpengetahuan agama, warak, dan sebagainya. Takkan itu salah? Mahathir cakap lagi, takkan nak iktiraf pelajar yang keluar dia university islam dan mempunyai sijil dalam pengetahuan agama islam, we all kena iktiraf dia sebagai ulamak? Of course la tak boleh kan? Berstatus ulamak nie bukan dari pendidikan jer, tingkah laku dan sifat2 lain perlu di ambil kira.
You all nie bila mahathir cakap sikit pasal ulamak, you all dah think negative. Nothing but negative. Dengar dan fikir baik2 sebelum menuduh beliau firaun dan anti ulamak. Saya sendiri sokong apa yang beliau cakap, does it mean saya pun anti ulamak dan anti islam? Guna otak saudara2 sekalian. Jangan mengkafirkan orang islam yang lain and don't judge the books by its cover.
Hidup Barisan National....
May the force be with you....
Hamba Allah
Md.Shafie
David,
Negara-negara so called Islam ( yang kamu banggakan sangat) yang mengiktiraf Malaysia to be Islamic country dan Mahathir contoh Islamic leader adalah negara-negara sekular Islam yang juga ditaja oleh gerakkan YAHUDI. Memang patut la Malaysia dipuji mereka kerana Malaysia juga adalah sama seperti negara mereka.
Tentang pakatan PAS-DAP...kenapa David buta sejarah dan sirrah Nabi
s.a.w ??? Bacalah secarah Syahifah Madinah yang dimeterai oleh Rasullah
s.a.w dan kafir-kafir di Madinah. Dasar agama tidak berubah...namun tolensrasi
yang tidak menjejaskan aqidah dibenarkan. Samalah dengan PAS.....kami
tidak sekali kali megubah dasar aqidah dan perjuangan kami...segala
permuafakatan dengan DAP adalah berdasarkan toleransi yang selaras dengan
Syahifah Madinah.
Sebab itulah saya nak kata ...ramai orang UMNO yang buta agama tapi
berlagak macam pandai dan main pakai logik akal aje......
Setahu saya DAP tak pernah bunuh malah memenjara orang Islam...!!!!!! Biarpun jika mereka tak setuju negara Islam...bukan kerana benci Islam tetapi mereka tak faham ( kerana UMNO telah buat meraka keliru) . Maka soal negara Islam dan hukum Islam tiada masalah kerana Islam adalah agama manusia .....Islam universal....dengan penerangan yang telus dan benar...saya yakin tiada masalah untuk laksana hukum Islam sepenuhnya di Malaysia...!!!! Ini adalah tanggung jawab PAS dan kami sedang lakukan !!!! InsyALLAH !!!!!!
DAP adalah dalam kategori kafir ZIMMI yang Islam benarkan kita berbaik dan wajib kita lindungi mereka. Dalam Islam ( kalau David dan UMNOINs belajar lah)... bila menghadapi suatu susuh yang terlalu zalim...dan jika untuk mengalahkan musuh terzalim ini memerlukan pergabungan dengan kafir ZIMMI...maka Islam membenarkan kerana untuk menamatkan kezaliman adalah suatu yang WAJIB dilakukan DENGAN SEGERA !!!
Jangan lah nak bohong kami ...yang UMNO nak perjuang Islam.... Saya nak tanya David dan orang UMNO ....kalau benar Islam....kenapa di samping bina masjid...Pusat Islam....menteri-menteri dari UMNO yang Melayu sendiri mengalakkan orang Melayu Islam jadi artis dan berpesta konsert maksiat.!!!!! Apa ini ??? Tangan kanan korek lubang...tangan kiri kambus lobang....sia--sia...!!!
Kamu tu UMNO tunduk kepada tauke-tauke kafir yang mahu kan lecen judi ,arak, disco, karaoeke , konsert .....yang jadi tukang melalak dan bogel...artis Melayu...apa nie haha???Stupid ke sangat kamu nie ??? Jangan pandai nak tuduh PAS menjadi pak turut DAP.... PAS Kelantan jelas menutup semua lubang maksiat yang UMNO buat phase by phase dalam ruang yang boleh...tak pulak kita tunduk pada tauke-tauke disana seperti yang UMNO buat serata negeri lain...!!!!!
David.....kamu jelas cetek ilmu agama...bukan nak kata saya pandai...namun saya nasihat diri saya dan semua Muslim Muslimat...marilah belajar Islam...hayati Islam ...dan AMAL Islam. SEPENUHNYA !!!!
Pastinya kamu David ...malah saya..malah majoriti penyokong UMNO adalah produk sekolah kebangsaan kerajaan yang tidak diberi pendidikan Islam yang sepatutnya.
Cuma beberapa tahun kebelakangan ini baru kerajaan UMNO kelam kabut nak buat sekolah agama ...itu pun kerana Anwar ada fikrah Islam sikit dan tercabar oleh kemajuan Islamisasi di Kelantan....
Semua hanya cover-up aje..kerana syllybus sekolah agama kerajaan dikawal.....tak diajar tentang wajibnya berada dalam harakiah Islam...jemaaah Islam untuk mendaulatkan Islam secra total !!!! Exam oriented aje......not AMAL oriented seperti yang diajar di Kelantan !!!!
Yang ditekan adalah aspek-aspek fardu-ain dan yang tidak melibatkan jihad dan jemaah serta dakwah......
Bila hati manusia ini dah ALLAH tutup....walau sejelas mana kebenaran.....mereka tetap tak akan terima....Semoga ALLAH buka MATA HATI
David dan semua warga UMNO....Amin.
Wassalam.
------------------------------------------------------------------------
eGroups.com home: http://www.egroups.com/group/siberummah01
http://www.egroups.com - Simplifying group communications