Reply-to: siberummah01@egroups.com
From: "Hulubalang Ningrat" <rin54@hotmail.com>
To:siberummah01@egroups.com
Date:Thu, 26 Aug 1999 18:34:27 PDT
Subject:[siberummah01] Re: Tentang HUDUD

hudud

Posted by Sampaikanlah Dariku Walaupun sepotong ayat on November 27,1998 at 11:09:20:

SURAT PM KAPADA MB KELANTAN BERKAITAN HUDUD
Assalamualaikum buat pejuang kebenaran semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan sentiasa dibawah keredhaan Allah.
Salam sejahtera juga kapada PM Malaysia serta Barisan Tertinggi UMNO dan tak lupa para pengampunya. Semoga
penjelasan yang kerdil ini dapat memberi sedikit laluan di dada mu bagimemikirkan kebenaran yang hakiki tentang
HUDUD.

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kapada kaum kerabat dan
melarang melakukan perbuatan-perbuatan yang keji serta kezaliman. Dia mengajar kamu dengan suruhan dan
larangan itu supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya "
(Al Nahl 90)

Di ruangan yang terhad ini ingin saya paparkan sepucuk surat dari PM kapada Dato Menteri Besar Kelantan bertarikh 15 Julai 1994 yang mengugut kerajaan Kelantan jika perlaksanaan hukum hudud dilaksanakan di Nereri Kelantan. Sementara itu biarlah saya jelaskan dahulu apa makna hudud. HUDUD adalah peraturan, keadah dan tatacara ( dari Allah ) dalam
melaksanakan hukuman. Ianya sama sahaja dalam kita melaksanakan ibadat yang lain. Menghukum kapada yang
bersalah juga merupakan sebahagian dari ibadat. Kita ambil satu contoh PUASA. Dalam melaksanakan kewajipan
puasa ada peraturan di mana bermulanya imsak sehingga maghrib kita terpaksa melaksanakan beberapa larangan dan
patang larang atau terpaksa mengikuti peraturan-peraturan tertentu. Setelah semuanya telah kita ikuti barulah orang itu dikatakan berpuasa.

Sama jugalah dengan ibadat sembahyang, bermula dari takbiratul Ihram sehingga salam kekanan serta dikuti beberapa bacaan
wajib serta perbuatan tertentu baru lah seseorang itu dikatakan sembahyang. Ini semua adalah peraturan dari Allah. Apabila semua peraturan dan syarat-syarat dipenuhi barulah mereka dikatakan ibadat sembahyang. Sekiranya kita melanggar peraturan dan ketetapan maka puasa atau sembahyang itu tidak sah dan batal.

Begitu juga lah dalam melaksanakan hukuman kapada mereka yang didapati bersalah. Dimana proses perbicaraan hendaklah dijalankan terlebih dahulu dengan saksi saheh. Apabila menjatuhkan hukum maka hendaklah berpandukan hukum dari Al Quran. Barulah hukuman itu sah. Kalau peraturan puasa kita pakai peraturan dalam Al Quran dan hadith kenapa dalam bab menjatuhkan hukum kita pakai hukum lain selain dari hukum Allah.

" Dan telah sempurnalah kalimah Tuhanmu iaitu Al-Quran meliputi hukum-hukum dengan benar dan adil tiada siapayang dapat mengubah sesuatu pun dari kalimah-kalaimahnya dan Dialah yang sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui".
(Al-An'aam: 115)

Cuba saudara perhatikan dua ayat yang sama perintahnya, dari surah yang sama cuma berbedza pada lima ayat sahaja.

" Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan keatas kamu qishaash…….hingga akhir ayat."
Al Baqarah : 178

" Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan keatas kamu puasa…….hingga akhir ayat."
Al Baqarah : 183

Di sini jelas bahawa kedua-dua ayat di atas adalah perintah (Wajib ). Satu bab ' menghukum' dan satu lagi bab ' puasa' . Kenapa bab puasa saudara PM ikut 100% tetapi bab menghukum tolak 100% ? Seperkara lagi yang nak disentuh ialah ayat diatas seruan kapada orang yang beriman ! Hanya sanya orang yang beriman sahaja yang akan melaksanakan perintah wajib ini. Orang yang tak beriman tidak akan melakukannya. Dengan ini saudara TIDAK BERIMAN KAPADA ALLAH. Apakah
Islam seseorang itu jika dia tidak beriman kapada Allah ? Mungkin saudara Ibrahim Ali boleh jawab. Saudara harus faham, walau pun hukum dari Allah nampak zalim dan kejam tapi apabila seseorang itu telah menerima hukum hudud di dunia maka insyaalah dia tidak lagi menerima hudud Allah di akhirat yang mana hukum akhirat itu lebih mengerikan. Dengan kata lain hukum hudud adalah proses menyucikan dosa setelah ruangan taubat dibuka seluas-luas baginya. Hukuman ini adalah dianggap sah oleh Allah kerana perlaksanaannya mengikut ketentuan Allah. Jika saudara tidak melaksanan hukuman sepertimana yang
diperintahkan olih Allah, maka saudara sudah tidak memberi ruangan kapada pesalah bagi menghindarkan dirinya dari hukuman akhirat. Sudah pasti saudara akan menanggung dosa itu. Saudara bukan sahaja tidak memberi ruangan kapada pesalah malah menghalang dan mengugut pula kapada mereka yang cuba melaksanakan hukum Allah. Zalim betul saudara.

Saya kira PM masih ingat lagi surat yang dihantar kepada Dato Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz. Mungkin ramai dikalangan umat Islam di negara ini tidak mengtahuinya. Jadi biarlah saya dedahkan disini sebagai renongan kapada kita semua terutama orang Melayu yang mengaku berugama Islam serta yakin akan kebesaran Allah dan melaksanakan semua ibadat khusus. Surat ini terpaksa ditaip kembali tanpa mengubah walau satu huruf.
 

=====================================================================================
PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kapada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah
SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidundalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang
berkaitan dengan hukum-hukum jenayah. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada keadah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian
sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut: Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al-Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum
rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

4. Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin
melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang
sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan
hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan. Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap
sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun
saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itutuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak diluar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia
bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang
ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya
menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain
daripada Islam dan kepentingannya .Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur etidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat
bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk
terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama lain. Ia tetap akan
menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya
terhadap  Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

=====================================================================================

ULASAN

Surat PM ini telah dibalas kembali oleh Dato Menteri Besar Kelantan melalui rujukan MB.KN. (S) 19/2(36) bertarikh
17 Nov. 1994. Surat ini mengandungi 33 muka surat serta Lampiran A. MB Kelantan berhujah lengkap dengan ayat-ayat Al Quran, hadith, Ijmak Ulamak dan pendapat imam yang empat, sedangkan surat PM satu huruf dari AlQuran atau makna hadith pun tak ada apatah lagi pendapat ulamak. Ini bermakna PM berhujah pakai akal semata-mata yang telah dikafankan dengan pakaian syaitan. MB Kelantan telah menjawab secara terperinci masaalah yang ditimbulkan olih PM berhubung wanita yang di rogol (surat PM para 4 (ii ) dirujuk ). Antara lain jawapan yang dikemukankan olih MB Kelantan " jika wanita itu hamil
dan tidak mempunyai suami maka hendaklah ia di soal siasat sebab-sebab kehamilannya. Jika wanita itu mengatakan bahawa ia telah dirogaol (ikrarnya) maka hakim boleh meminda kes ini dari 'kes zina' kapada 'kes rogol'. Hujah MB berdasarkan kes yang diambil oleh Saidina Ali terhadap Syarahah dan pendapat Iman Syafei (surat MB para 4 ). Jika wanita itu dirogol maka wanita berkenaan tidak dikenakan apa-apa hukuman (hudud). Sepertimana Sabda Nabi SAW "Pergilah engkau (Perempuan yang dirogol) sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosa engkau " Dan Rasulullah SAW. bersabda pula kapada lelaki yang merogol perempuan tadi dan mengarahkan sahabatnya : "Rejamlah lelaki itu" (Surat MB para 4) Dalam kes rogol yang tiada empat orang saksi maka kes ini hendaklah didakwa di bawah kes zina dan jika tidak sabit kesalahan zina bolehlah dijatuhkan hukuman takzir ( dalam konteks sekarang hukuman 'Penal Code' (Surat MB para4). Ini bermakna pesalah rogol bukan boleh terlepas begitu sahaja seperti mana dakwaan PM. Bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang yang bukan Islam MB Kelantan
menjawab pada para 5 dengan dalil-dali dan hujah dari Al-Quran, Hadith dan pandangan Iman yang empat cukup mantap
dimana "kes-kes jenayah syariah yang dilakukan oleh orang-orang yang bukan Islam, maka pihak hakim boleh membicarakan kes itu dalam Mahkamah syariah, atau menolaknya (mengenepikan) kes itu untuk dibicarakan dalam Mahkamah awam." Disini MB Kelantan menyatakan sebagai kesimpulan diakhir surat beliau bahawa orang bukan Islam tidak perlu kapada hudud
kerana mereka tidak perlu kapada penyucian dosa. Kecuali mereka masuk Islam. Mereka tidak akan mendapat keampunan Allah dan kekal dalam api neraka buat selama-lamanya. Apabila kita membaca surat PM itu menjelaskan lagi bahawa PM kita ni terlalu jahil bab Agama. Berhujah dalam soal Agama tetapi beliau langsung tiada kelulusan Agama sedangkan Nik Aziz
setidak-tidaknya mempunyai ijazah sarjana Usuluddin dan begitu juga Hj. Abd. Hadi Awang. Kalau ya pun kita ini jenis degil bagi lah kat Menteri Agama Cik Med tu jawab, buat bagi pihak PM dan Kerajaan Malaysia Diakhir surat PM beliau ada menyatakan. " Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat embenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam ", apakah UMNO atau PM sekarang ini mempertahankan nilai-nialai Islam dengan mengurangkan cukai keatas Konsert dan menghapuskan cukai arak di Langkawi.
Apakah dengan fitnah, mengumpat dan pemecatan serta penahanan keatas DSA itu ' mempertahankan prinsip keadilan "? Apakah dengan menghukum Sukma dan Munawir tanpa bicara mencerminkan gambaran yang baik kapada penganut agama lain? Apakah dengan tindakan PM dan anak beranak membolot kekayaan negara maka berbondong-bondong penganut Agama lain masuk Islam?. Apakah PM sekarang ini benar-benar menjaga imej agama suci ini hingga hampir 4,000 orang Islam telah menganut Agama Keristian di W. Persekutuan ? dan bagaimana dengan kes Aishah serta kes di Kampar? ( Dalam
Utusan Malaysia tak cerita ) Apakah dengan mengambil wang zakat untuk membeli saham milik orang kafir itu satu pengukuhan kapada hukum Allah? dan Apakah dengan membiarkan anak Melayu (Islam) berkerja dikilang arak, disko, kelab judi dan menyediakan minuman keras di atas pesawat MAS itu menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya? Apakah menghina Nabi, para ulamak serta mengam para ustaz itu dikatakan muslihat umum? Sedarlah kita wahai orang Melayu (Islam) bahawa PM kita ini telah dipergunakan oleh anasir sabversif Yahudi bagi merosakkan dan menghancurkan umat Islam. Segala penjelasan beliau berhubung hudud adalah mirip dakyah Yahudi. Apakah ini rupa manusia yang akan mempertahankan akidah, mertabat dan keagongan umat Islam?