Ideologi API




Dalam Politik

API mahu suatu negara yang betul-betul merdeka yang berdasarkan demokrasi tulen, satu pemerintahan yang datangnya dari rakyat. Sebuah kerajaan dimana wakil-wakil rakyatnya berkhidmat untuk rakyat dan bukannya wakil rakyat yang menuntut supaya rakyat berkhidmat untuk keuntungan kerajaan. Wakil rakyat yang sedia berkhidmat selama tempoh memimpin dan bukan sekali dalam lima tahun.
 

Dalam Ekonomi

API menuntut kepada satu susunan ekonomi yang memaanfatkan semua rakyat dan bukannya untuk faedah satu atau dua puak sahaja, tradisi 'patronage' , nepotisme dan korupsi harus dibenteras dengan bersungguh-sungguh. Ketelusan dalam pentadbiran negara perlu diamali oleh pemimpin dalam semua aspek. Rakyat harus diberi ruang menyoal dan menegur konsep pelaburan pemimpin.
 

Dalam Sosial

API mahu kepada satu susunan masyarakat yang adil. Keadilan sosial adalah syarat utama dan penting dalam menentukan ketulenan demokrasi yang dijalankan disesebuah negara. API menentang sekeras-kerasnya kewujudan kelas bangsawanputra yang tidak berkelayakan dan tidak berusaha, malah kekayaan mereka kerana habuan politik. Memberi penghormatan kepada mereka dan menghina kelas mereka yang tidak berkedudukan harus dibenteras malah diperbaiki.
 
 

Untuk mencapai cita-cita kami maka semboyan GAPI adalah :

BIDAS TANPA KULIT , KRITIK HABIS-HABISAN .
 

[Latar Belakang][Ideologi][Tujuan][Organisasi][Semasa][Arkib][Gambar][E-Mel][Guestbook][Links]