Sejarah & Latar Belakang Gerakan Pemuda Insaf (API)




API berpendapat semua pemuda sebenarnya berjiwa radikal, ini kerana didalam dada pemuda itu tersimpulnya semangat yang berkobar-kobar dan cita-cita yang murni dan tinggi. Diseluruh dunia penggerak perubahan selalunya bermula dengan pergerakan dan keinginan pemuda. Di Malaysia juga tiada bezanya Tun Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman masih menuntut ketika mereka giat beraktif dalam pergerakan kemerdekaan.

Gerakan Pemuda Insaf berasaskan dan merupakan kesinambungan dari perjuangan menuntut kemerdekaan oleh Angkatan Pemuda Insaf (API) yang telah ditubuhkan oleh Saudara A. Boestaman, Saudara Bakar Thareek dan Saudara A. Bakar Abdul Rahim.

Pada masa ini API mengambil iktibar menyambung perjuangan menuntut kermerdekaan tulen, kerana kami sedar tuntutan kemerdekaan adalah sesuatu perjuangan yang tiada akhirnya. Sifat manusia semulajadi mendorong manusia untuk sentiasa cuba menguasai antara satu sama lain. Terbukti kini di Malaysia segelintir manusia yang rakus dan tamak dengan helahnya yang cukup licik telah menjajah minda dan jiwa rakyat.

Adalah tanggungjawab kami sebagai pemuda menyedarkan orang ramai, wujudnya alat-alat menjajah di Malaysia ini seperti Akta Keselamatan Negara, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Persatuan, Akta Kolej Dan Kolej Universiti dan Akta Polis akan digunakan dengan mudah dan sewenang-wenangnya oleh segelintir manusia untuk menjajah minda dan jiwa rakyat. Rakyat lambat laun akan hanya wujud sebagai alat jentera buruh semata-mata. Rakyat akan sentiasa dipaksa berterima kasih dengan sisa dan tulang dari makanan dan keuntungan pemimpin dan kroninya.
 
 

[Latar Belakang][Ideologi][Tujuan][Organisasi][Semasa][Arkib][Gambar][E-Mel][Guestbook][Links]