Ideologi API
Dalam Politik
API mahu suatu negara yang betul-betul merdeka yang berdasarkan demokrasi
tulen, satu pemerintahan yang datangnya dari rakyat. Sebuah kerajaan dimana
wakil-wakil rakyatnya berkhidmat untuk rakyat dan bukannya wakil rakyat
yang menuntut supaya rakyat berkhidmat untuk keuntungan kerajaan. Wakil
rakyat yang sedia berkhidmat selama tempoh memimpin dan bukan sekali dalam
lima tahun.
Dalam Ekonomi
API menuntut kepada satu susunan ekonomi yang memaanfatkan semua rakyat
dan bukannya untuk faedah satu atau dua puak sahaja, tradisi 'patronage'
, nepotisme dan korupsi harus dibenteras dengan bersungguh-sungguh. Ketelusan
dalam pentadbiran negara perlu diamali oleh pemimpin dalam semua aspek.
Rakyat harus diberi ruang menyoal dan menegur konsep pelaburan pemimpin.
Dalam Sosial
API mahu kepada satu susunan masyarakat yang adil. Keadilan sosial adalah
syarat utama dan penting dalam menentukan ketulenan demokrasi yang dijalankan
disesebuah negara. API menentang sekeras-kerasnya kewujudan kelas bangsawanputra
yang tidak berkelayakan dan tidak berusaha, malah kekayaan mereka kerana
habuan politik. Memberi penghormatan kepada mereka dan menghina kelas mereka
yang tidak berkedudukan harus dibenteras malah diperbaiki.
Untuk mencapai cita-cita kami maka semboyan GAPI adalah :
BIDAS TANPA KULIT , KRITIK HABIS-HABISAN .
[Latar Belakang][Ideologi][Tujuan][Organisasi][Semasa][Arkib][Gambar][E-Mel][Guestbook][Links]