Tujuan API
Dengan ini tujuan API adalah:
-
Menyatukan pemuda-pemudi dalam satu BARISAN.
-
Megukuhkan barisan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair.
-
Menyediakan dan melatih pemuda untuk menjadi pemimpin yang prihatin kepada
kehendak rakyat pada masa akan datang.
-
Mengamalkan hak belia untuk berpersatuan.
-
Mengembalikan semula Malaysia kepada sistem Demokrasi yang sejati berdasarkan
kedaulatan rakyat.
-
Menentang sebarang bentuk penjajahan dari dalam atau dari luar.
-
Menyediakan platform bagi rakyat yang terpinggir dan teraniaya kerana kekurangan
dalam sistem pentadbiran dan pengagihan negara bersuara.
Pendeknya API mahu berjuang untuk mencapai kemerdekaan tulen dan total
Bangsa Malaysia dengan segala jalan yang terbuka, kami berikrar tidak aku
berundur selagi hasrat dan kehendak rakyat tidak tercapai.
Sebab-sebab terdorongnya penubuhan GAPI:
-
Kebangkitan rakyat akibat dari kezaliman dan ketidakadilan kerajaan dalam
soal-soal politik dan ekonomi negara.
-
Kebangkitan rakyat menuntut diberi kebebasan seperti yang terkandung dalam
perlembagaan.
-
Penyatuan kesemua kaum di Malaysia dalam isu-isu keadilan.
-
Kebangkitan pemuda dan pelajar dalam menuntut reformasi dalam kesemua institusi
negara.
[Latar Belakang][Ideologi][Tujuan][Organisasi][Semasa][Arkib][Gambar][E-Mel][Guestbook][Links]